Thursday, February 24, 2011

Bazaar Rumah Aman

Hujung minggu ini, bertempat di hadapan Wet World Shah Alam, Rumah Aman Shah Alam (Rumah Anak-Anak Yatim) akan mengadakan Bazaar Amal Rumah Aman. Objektif utama Bazaar Amal ini adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan harian anak-anak yatim di Rumah tersebut. Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr akan turut sama menjayakan Bazaar ini dengan membuka booth Mee Goreng Sotong Powerrr. Berbagai jenis jualan akan diadakan seperti jualan baju-baju, makanan dan minuman serta barang-barang (anda perlu datang sendiri bagi mengetahui dengan lebih lanjut). Turut dijual adalah Mee Goreng Sotong Powerrr, mee goreng kegemaran semua.

Kami menyeru anda semua untuk datang membeli belah. Di samping membeli belah, anda juga berpeluang untuk membuat amal jariah. Sekiranya anda belum lagi membayar zakat bagi tahun 2010, inilah peluang yang ada kerana ada ramai anak-anak yatim yang memerlukan bantuan anda.

Untuk makluman anda, setiap sepinggan Mee Goreng Sotong Powerrr yang anda beli di gerai kami, RM0.10 akan didermakan kepada Rumah Aman tersebut. Jadi, datanglah pada hari Sabtu atau Ahad ini dan kita sama-sama membantu mereka-mereka yang di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang anda lakukan.

No comments:

Post a Comment