Wednesday, June 29, 2011

More and More Facebook Testimony

Today, we received quite a number of comments via FB...To Cik Siti Hadijah Nias and Perdasama...thank you very much for the credit. Do come again and enjoy the superb Mee Goreng Sotong Powerrr. We'll try our best to maintain the quality as well as the quantity..heh heh heh (there were customers who commented that the quantity was too little)...We take note of your comment and will put under one of the issues to be reviewed very soon.

Here's some of the comments that we received today...


Sunday, June 26, 2011

Hari Bersama Keluarga

Salam semua,

Dari semalam saya perhatikan rata-rata pelanggan yang mengunjungi Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr adalah dari kalangan keluarga. Boleh dikatakan meja-meja di Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr dipenuhi ibu bapa dan kanak-kanak. Sekali sekala terhibur jugak tengok kanak-kanak berlari ke sana ke mari...hilang jugak stresss dek kesibukan tugas.

Kami lihat kebanyakan pelanggan memilih untuk merasai Rojak Tauhu sebagai juadah pembuka selera. Boleh dikatakan hampir setiap pinggan yang kami kutip licin tanpa seurat taugeh pun...inilah yang dikatakan penangan Rojak Tauhu..anda pun cuba menu terbaru ini...cukup killerrrr...pedasnya, masamnya..dan manisnya diadun secukupnya agar pelanggan dapat menikmati yang terbaik di Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr.

Bagi anda yang tidak ke mana-mana petang ini, apa kata anda singgah di Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr dan order sepinggan...

cukup powerrr

Thursday, June 9, 2011

Apa Kata Mereka yang Telah Merasai Kelazatan Mee Goreng Sotong Powerrr

Million thanks to those who have written a very good remark on my FB. I'm speechless...Rasa macam segala penat lelah selama ini berbaloi. For those yang gembira dengan kualiti Mee Goreng Sotong Powerrr serta servis yang kami berikan, anda dialu-alukan untuk mewar-warkan kepada semua rakan anda mahupun keluarga anda.

Manakala bagi yang tidak berpuas hati, anda boleh terus menghubungi saya melalui sms ataupun call terus ke hp saya di 0192114405. Saya akan memastikan setiap komen anda didengar dan penambahbaikan akan dibuat. Itu janji saya. Antara good remark yang saya terima adalah seperti berikut:




Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr Kini Boleh Dicari di Google Maps

Terbaru dari Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr....

Kini seluruh rakyat Malaysia mahupun rakyat South Africa ataupun rakyat France sudah boleh search Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr di Google Maps. Apa yang perlu dilakukan hanya menaip Mee Goreng Sotong Powerrr dan Google Maps akan terus memberikan map serta address Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr.

So, tak ada lagi alasan untuk anda mengatakan yang anda tak dapat mencari Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr.

Jalan-Jalan Cari Makan Mengunjungi Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Alhamdulillah....akhirnya sampai jugak team JJCM di gerai kami. Tak sangka walaupun baru 4 bulan beroperasi, gerai kami telah dikunjungi mereka. Saya wajib mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang telah mempromosi gerai Mee Goreng Sotong Powerrr kepada JJCM. Menurut wakil JJCM, episod Mee Goreng Sotong Powerrr akan keluar TV selepas raya nanti. Saya sendiri tak sabar nak tengok muka saya keluar TV..hih hih hih...