Sunday, January 1, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Pelanggan yang dihormati,

Sedar-sedar dah hampir setahun Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr beroperasi. Bila difikir-fikir, macam tak percaya pula yang kami masih lagi mampu berdiri untuk meneruskan bisnes ini. Syukur pada Allah yang telah mengurniakan semangat, tenaga dan kesihatan untuk terus memberikan khidmat kepada anda semua.

Azam tahun ini...kami bercadang untuk membuka beberapa cawangan baru dan sedang dalam proses untuk menukarkan bisnes mee goreng sotong powerrr ini kepada franchise mahupun licensing. Doakan semoga cita-cita ini tercapai.

Kepada anda yang telah lama tidak berkunjung ke gerai kami, inilah masa untuk anda membawa famili / pasangan anda untuk menikmati menu terhebat di Shah Alam. Kami sentiasa menanti kunjungan anda. Dan sekiranya bertuah, anda bakal menerima kalendar mini 2012 khas dari kami.

Tuesday, November 1, 2011

Zillion Thanks to You

Jutaan terima kasih kami ucapkan buat anda semua yang telah menyokong gerai Mee Goreng Sotong Powerrr sehingga kini. Atas sokongan berterusan anda, Mee Goreng Sotong Powerrr akan melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawangan yang pertama tidak lama lagi. Anda tunggu makluman selanjutnya....

Bagi anda yang belum pernah merasai kehebatan Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah, datang saja ke gerai kami di Seksyen 2 Shah Alam. Kami telah mempelbagaikan menu sedia ada dengan memperkenalkan Mee Goreng Daging Powerrr, Mee Goreng Ayam Powerrr, Mee Goreng Udang Powerrr dan Mee Goreng Telur Mata Powerrr. Pilih saja menu kesukaan anda dan buat tempahan segera. Anda pasti tak menyesal.





Saturday, October 15, 2011

Menu Terbaru dan Terhebat Abad Ini

Anda mungkin masih lagi terpinga-pinga bila kami mengutarakan statement ini tapi tunggu sehingga anda merasai sendiri menu ini. Pasti anda akan bersetuju...ayoh..tunggu apa lagi...datang la pekena sepinggan.


Waktu Perniagaan

Pelanggan yang dihormati,

Memandangkan banyak maklum balas yang diterima meminta kami untuk mengawalkan waktu perniagaan, kami telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan kami pada jam 11.00am. Manakala waktu tutup pula adalah pada jam 10.45pm.

Tuesday, September 13, 2011

Masih Tak Percaya???

Anda wajib cuba Mee Goreng Sotong Powerrr ini...gerenti puas hati...testimoni di bawah ini dapat menjelaskan segalanya.






Friday, August 5, 2011

Ramadhan Special

Salam. Para pelanggan semua,

Sudah beberapa hari saya menerima panggilan daripada penggemar-penggemar Mee Goreng Sotong Powerrr yang bertanyakan samada gerai dibuka atau tidak pada bulan Ramadhan ini...agak lenguh jugak mulut ni nak jawab yang gerai Mee Goreng Sotong Powerrr sentiasa beroperasi seperti biasa cuma bezanya, waktu perniagaan adalah dari jam 6pm sehinggalah jam 5pm setiap hari. Ada 5 menu special yang kami sajikan iaitu:

1. Mee Goreng Sotong Powerrr;
2. Sup tulang Thailand dengan roti benggali;
3. Sup tulang Thailand dengan nasi putih, sambal asam dan ulam-ulaman;
4. Ikan bawal goreng panas-panas dengan nasi putih, kari Mak Misah, sambal asam dan ulam-ulaman; dan
5. Ikan kembong goreng panas-panas dengan nasi putih, kari Mak Misah, sambal asam dan ulam-ulaman

Bagi anda yang menggemari sup tulang, anda wajib singgah dan menjamu selera di gerai Mee Goreng Sotong Powerrr. Dagingnya yang dimasak sehingga empuk dan kuahnya yang dicampur sedikit herba menjadikan rasanya amattttt memikatttt. Jangan percaya cakap saya. Datang sendiri dan rasai kelainannya.

Selain itu, sekiranya anda pernah merasai ikan bawal panas di Juru Pulau Pinang, anda pasti tak mahu melepaskan peluang untuk try pula penangan ikan bawal di gerai Mee Goreng Sotong Powerrr. Gerenti terbaikkkk...Dihidang panas-panas dengan sambal asam yang cukup powerrr, anda pasti terasa seperti diawang-awangan...











 

Sunday, July 10, 2011

Catering Untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri

Inilah peluang anda untuk melihat kami beraksi secara live di rumah anda. Kami telah membuka 1 lagi perkhidmatan iaitu catering untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri. Setakat ini kami telahpun menerima beberapa permohonan untuk Open House Aidilfitri. Konsep yang kami bawakan adalah cukup simple iaitu anda yang tetapkan kos yang bersesuaian dengan bajet anda manakala kami pula akan memastikan tetamu anda gembira dan puas dengan menu yang anda sajikan nanti.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya ingin mendapatkan khidmat kami ialah menyediakan sedikit ruang di luar rumah anda untuk kami beraksi. Kami akan memastikan anda tersenyum lebar selepas majlis anda selesai. Hanya 1 menu yang ditawarkan iaitu Mee Goreng Sotong Powerrr. Sila hubungi kami di talian 0192114405 sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut ataupun ingin membuat tempahan.