Sunday, July 10, 2011

Catering Untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri

Inilah peluang anda untuk melihat kami beraksi secara live di rumah anda. Kami telah membuka 1 lagi perkhidmatan iaitu catering untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri. Setakat ini kami telahpun menerima beberapa permohonan untuk Open House Aidilfitri. Konsep yang kami bawakan adalah cukup simple iaitu anda yang tetapkan kos yang bersesuaian dengan bajet anda manakala kami pula akan memastikan tetamu anda gembira dan puas dengan menu yang anda sajikan nanti.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya ingin mendapatkan khidmat kami ialah menyediakan sedikit ruang di luar rumah anda untuk kami beraksi. Kami akan memastikan anda tersenyum lebar selepas majlis anda selesai. Hanya 1 menu yang ditawarkan iaitu Mee Goreng Sotong Powerrr. Sila hubungi kami di talian 0192114405 sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut ataupun ingin membuat tempahan.

New Contest at Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Bermula 3 Julai 2011, Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr telah memulakan satu lagi peraduan untuk pelanggan yang dinamakan Peraduan Saat Manis Bersama Mee Goreng Sotong Powerrr. Program ini cukup simple dan setiap pelanggan mempunyai peluang amat-amat besar untuk memenanginya. Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr menawarkan hadiah berupa 2 tiket menonton wayang di TGV Bukit Raja setiap minggu (tertakluk kepada terma dan syarat).

Apa yang perlu anda lakukan adalah add Mee Goreng Sotong Powerrr dalam senarai rakan facebook anda dan kemudian postkan gambar anda makan mee goreng sotong powerrr yang paling kreatif dan menarik beserta caption yang paling catchy. Mudah bukan!!!

Kami tidak menetapkan sebarang posing yang perlu anda lakukan. Buatlah apa saja aksi asalkan tidak mencederakan anda. Untuk butiran lanjut, anda boleh datang sendiri ke Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr atau membaca gambar di bawah ini. Selamat mencuba...

Add caption