Sunday, July 10, 2011

Catering Untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri

Inilah peluang anda untuk melihat kami beraksi secara live di rumah anda. Kami telah membuka 1 lagi perkhidmatan iaitu catering untuk Majlis Berbuka Puasa dan Open House Aidilfitri. Setakat ini kami telahpun menerima beberapa permohonan untuk Open House Aidilfitri. Konsep yang kami bawakan adalah cukup simple iaitu anda yang tetapkan kos yang bersesuaian dengan bajet anda manakala kami pula akan memastikan tetamu anda gembira dan puas dengan menu yang anda sajikan nanti.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya ingin mendapatkan khidmat kami ialah menyediakan sedikit ruang di luar rumah anda untuk kami beraksi. Kami akan memastikan anda tersenyum lebar selepas majlis anda selesai. Hanya 1 menu yang ditawarkan iaitu Mee Goreng Sotong Powerrr. Sila hubungi kami di talian 0192114405 sekiranya anda ingin bertanya lebih lanjut ataupun ingin membuat tempahan.

1 comment:

  1. saya dah rs smlm..
    memang sedap..:)
    siap dpt kad lagi...TQ..

    ^izzah_nhkm^

    ReplyDelete