Friday, August 5, 2011

Ramadhan Special

Salam. Para pelanggan semua,

Sudah beberapa hari saya menerima panggilan daripada penggemar-penggemar Mee Goreng Sotong Powerrr yang bertanyakan samada gerai dibuka atau tidak pada bulan Ramadhan ini...agak lenguh jugak mulut ni nak jawab yang gerai Mee Goreng Sotong Powerrr sentiasa beroperasi seperti biasa cuma bezanya, waktu perniagaan adalah dari jam 6pm sehinggalah jam 5pm setiap hari. Ada 5 menu special yang kami sajikan iaitu:

1. Mee Goreng Sotong Powerrr;
2. Sup tulang Thailand dengan roti benggali;
3. Sup tulang Thailand dengan nasi putih, sambal asam dan ulam-ulaman;
4. Ikan bawal goreng panas-panas dengan nasi putih, kari Mak Misah, sambal asam dan ulam-ulaman; dan
5. Ikan kembong goreng panas-panas dengan nasi putih, kari Mak Misah, sambal asam dan ulam-ulaman

Bagi anda yang menggemari sup tulang, anda wajib singgah dan menjamu selera di gerai Mee Goreng Sotong Powerrr. Dagingnya yang dimasak sehingga empuk dan kuahnya yang dicampur sedikit herba menjadikan rasanya amattttt memikatttt. Jangan percaya cakap saya. Datang sendiri dan rasai kelainannya.

Selain itu, sekiranya anda pernah merasai ikan bawal panas di Juru Pulau Pinang, anda pasti tak mahu melepaskan peluang untuk try pula penangan ikan bawal di gerai Mee Goreng Sotong Powerrr. Gerenti terbaikkkk...Dihidang panas-panas dengan sambal asam yang cukup powerrr, anda pasti terasa seperti diawang-awangan...











 

No comments:

Post a Comment