Monday, January 10, 2011

Apa yang bestnya tentang gerai MGSP ini...

Haaa....kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang daya tarikan di gerai MGSP saya.
  1. Yang pertama...kalau anda makan di gerai saya dan tiba-tiba anda dapati anda short of cash, anda tak perlu gusar kerana di sebelah gerai saya ada mesin atm CIMB. Bila-bila masa je anda boleh keluarkan duit anda.
  2. Yang kedua...ample seating...Berlambak meja kerusi untuk diduduki berbanding di gerai-gerai lain. Pilih saja meja pilihan anda dan zasssss..mee goreng sotong powerrr pun sampai.
  3. Yang ketiga...kalau anda bawak anak anda, anda tak perlu risau yang tiada makanan untuk anak anda kerana di hadapan gerai saya ialah KFC. Beli je nugget sekotak, senyaplah anak anda.
  4. Yang keempat...ample parking space...sebelah KFC ada, depan kedai saya ada, mana-mana pun ada. Pilih je mana 1 pilihan anda.
  5. Dan yang terakhir...anda akan disambut dengan senyuman yang paling manis pernah anda lihat (saya lah tu). Kalau pekerja saya masam je, repot pada saya. Tahu lah saya macam mana nak menyenyumkan dia...

Menarik bukan...

No comments:

Post a Comment