Saturday, February 26, 2011

Hari Pertama Jualan Amal Rumah Aman

Alhamdulillah...hari ini, jualan amal di Bazaar Rumah Aman amat memberangsangkan. Menurut Pengurus Mee Goreng Sotong Powerrr, booth Mee Goreng Sotong Powerrr telah menerima paling banyak tempahan jualan. Sememangnya ia amat menggembirakan saya kerana niat saya untuk sama-sama berkongsi keuntungan dengan Rumah Aman boleh tercapai.

Saya ingin quote apa yg dikatakan oleh founder Rumah Aman iaitu Encik Abdul Rehman Dakri - "Rezqi comes from Allah, if he wants to give you rezqi, you will get it no matter how small your initiative". Based on that statement, hari ini saya betul2 berserah pada Allah dan alhamdulillah...hasilnya amat menakjubkan...

Bagi anda yang berkelapangan esok dari jam 8.30am hingga jam 5pm, datanglah ke Bazaar Rumah Aman. Senang saja untuk ke sana, anda cari saja Wet World Shah Alam, jumpa Wet World, maka jumpalah Bazaar Rumah Aman. Senang bukan...

Pengurus Mee Goreng Sotong Powerrr

Bazaar baru nak mula...tak ada orang lagi

Bersama anak-anak yatim

Assistant

Perghhhh..the only booth yg ada banner..dari jauh dah nampak

kalau anda berminat nak beli baju 2nd hand yg branded2..ini lah masanya

Thursday, February 24, 2011

Bazaar Rumah Aman

Hujung minggu ini, bertempat di hadapan Wet World Shah Alam, Rumah Aman Shah Alam (Rumah Anak-Anak Yatim) akan mengadakan Bazaar Amal Rumah Aman. Objektif utama Bazaar Amal ini adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai perbelanjaan harian anak-anak yatim di Rumah tersebut. Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr akan turut sama menjayakan Bazaar ini dengan membuka booth Mee Goreng Sotong Powerrr. Berbagai jenis jualan akan diadakan seperti jualan baju-baju, makanan dan minuman serta barang-barang (anda perlu datang sendiri bagi mengetahui dengan lebih lanjut). Turut dijual adalah Mee Goreng Sotong Powerrr, mee goreng kegemaran semua.

Kami menyeru anda semua untuk datang membeli belah. Di samping membeli belah, anda juga berpeluang untuk membuat amal jariah. Sekiranya anda belum lagi membayar zakat bagi tahun 2010, inilah peluang yang ada kerana ada ramai anak-anak yatim yang memerlukan bantuan anda.

Untuk makluman anda, setiap sepinggan Mee Goreng Sotong Powerrr yang anda beli di gerai kami, RM0.10 akan didermakan kepada Rumah Aman tersebut. Jadi, datanglah pada hari Sabtu atau Ahad ini dan kita sama-sama membantu mereka-mereka yang di luar sana yang amat memerlukan bantuan kita. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang anda lakukan.

Tuesday, February 22, 2011

Rabu Hari Cuti Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Seperti biasa, gerai mee goreng sotong powerrr akan ditutup pada hari Rabu bagi mengembalikan tenaga kakitangan gerai yang telah bertungkus lumus bekerja sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Gerai akan dibuka semula pada hari Khamis ini dari jam 12pm hingga jam 11pm. Sila maklumkan pada rakan-rakan anda yang telahpun bercadang untuk ke gerai mee goreng sotong powerrr esok.

Monday, February 21, 2011

KINI LEBIH MANTAPPP

Jangan tak percaya...Mee Goreng Sotong Powerrr kini lebih mantappp...terima kasih kepada anda semua yang telah menyumbangkan komen dan suggestion kepada kami. Hasilnya, Mee Goreng Sotong Powerrr yang lebih spicy, sambal sotong yang lebih manis dan menyengat yang bisa membuatkan peluh jantan anda menitik keluar. Tak percaya? Cubalah sepinggan.

Satu nasihat dari saya...bawalah duit lebih kerana saya tak jamin yang anda akan berbelanja lebih untuk order lebih minuman... 

Friday, February 18, 2011

Jangan Lupa...Cuma Tinggal 9 Hari Saja Lagi untuk Anda Bergelar Pemenang Peraduan Kenyang & Menang

Percaya atau tidak, tinggal 9 hari lagi untuk anda bergelar pemenang pertama bagi Peraduan Kenyang & Menang anjuran Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr. Bagi yang masih belum menjadi follower untuk blog mee goreng sotong powerrr, silalah add sekarang. Hadiah ini hanya ada 1 dalam sebulan...Alangkah gembiranya jika ia menjadi milik anda..Jadi bertindaklah sekarang...

Apabila Rakan-Rakan Datang Menceriakan Gerai

Tiada yang lebih menggembirakan saya selain daripada menerima kunjungan rakan-rakan. Bertambah cerialah gerai mee goreng sotong powerrr saya. Terima kasih pada Akram Kak Nani, Wan dan Is...dan terima kasih juga di atas komen-komen anda. Barulah bersemangat untuk meneruskan bisnes ni. Untuk anda yang baru pertama kali berkunjung ke gerai mee goreng sotong powerrr, selalu-selalulah berkunjung ke gerai kami, mana lah tahu kot2 boleh menang penginapan di hotel...




Juga terima kasih kepada Encik Hilmi...bagus mung punya komeng tu...

Tuesday, February 15, 2011

Macam-Macam Gelagat Pelanggan

Seronok rasanya bila melihat pelanggan gembira menikmati mee goreng sotong powerrr. Berada seharian di gerai, berbagai aksi dapat saya saksikan. Ada yang makan slow-slow, ada yang seminit je dah habis sepinggan, ada yang sampai berpeluh-peluh dan ada juga yang sampai bersuap...hih hih hiih...lucu pun ada..tapi itu lah gelagat dan ragam pelanggan..yang pastinya saya dapat melihat kepuasan di wajah mereka yang telah menikmati mee goreng sotong powerrr.

Yang terbaru, gerai saya juga telah mula dikunjungi oleh pelanggan berbangsa India dan Cina. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka. Rasanya menu ini telah diterima oleh semua lapisan bangsa di Malaysia. Saya juga ingin berkongsi dengan anda, testimoni dan gelagat yang sempat dirakan di gerai (dengan persetujuan pelanggan) saya.



Enjoyyy

Tuesday, February 8, 2011

Hasil Jualan pada Hari Isnin, 7 Februari 2011

Nampaknya jualan hari ini terus meningkat walaupun gerai kami ketiadaan air sewaktu dibuka tengahari tadi. Terima kasih kami kepada anda semua kerana terus menyokong Mee Goreng Sotong Powerrr. Hari ini jualan kami adalah sebanyak 140 pinggan. Kami hanya memerlukan 20 pinggan lagi untuk break even.

Bawalah rakan-rakan dan saudara mara menjamu selera di gerai kami. Seperkara lagi, sekiranya anda membawa 10 orang rakan ke gerai kami, anda akan diberi makan sepinggan mee goreng sotong percuma. Amacam??? Ada minat?

Monday, February 7, 2011

Hasil Jualan pada 6 Februari 2011

Alhamdulillah, jualan semalam terus meningkat. Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr telah berjaya menjual 130 pinggan (anggaran berdasarkan jumlah telur digunakan) sehingga jam 11.00 malam tadi. Ini semua adalah kerana sokongan anda semua. Insyaallah, kami akan terus memberikan yang terbaik kepada anda. Teruslah menyokong kami dan ajak rakan-rakan serta saudara mara untuk menjamu selera di gerai kami.

Selain menu hebat, anda juga berpeluang memenangi hadiah berupa penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang di hotel bertaraf 3 bintang di mana saja lokasi pilihan anda (tertakluk kepada terma dan syarat). Hebat bukan...

Sekiranya anda ingin membuat aduan, cadangan mahupun komen, silalah berhubung terus dengan Encik Zen secara call atau sms di talian 0192114405. Kami akan memastikan komen/ aduan/ cadangan anda diteliti dan tindakan segera akan diambil.

Terima kasih.

Saturday, February 5, 2011

Peraduan Kenyang dan Menang Anjuran Mee Goreng Sotong Powerrr (MGSP)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Para pelanggan yang dihormati,

Tahniah, anda kini hanya selangkah sahaja lagi untuk bergelar pemenang Peraduan Kenyang & Menang bagi bulan Februari yang akan menikmati penginapan 3 hari 2 malam di hotel bertaraf 3 bintang untuk 2 orang di lokasi pilihan anda sendiri (tertakluk kepada terma dan syarat). Syarat-syarat untuk melayakkan anda untuk menyertai peraduan ini adalah seperti berikut:

  1. Makan di Gerai MGSP - anda telah lakukan
  2. Isi borang peraduan - anda telah lakukan
  3. Daftar diri anda sebagai follower di blog MGSP iaitu http://mgspowerrr.blogspot.com/ - anda belum lakukan lagi. Jadi, daftarkan diri anda selepas ini.

Senang bukan. Hanya 3 langkah yang diperlukan untuk anda berpeluang bergelar pemenang bagi bulan Februari. Untuk makluman anda, cabutan akan dijalankan pada 28 Februari dan pemenang hanya akan dimaklumkan pada 1 Mac melalui blog MGSP. Jadi selalu-selalulah melayari blog MGSP. MGSP juga akan menyalurkan sebarang berita terkini melalui blog, FB, sebagai contoh hari cuti gerai, penambahan menu dan sebagainya.

Sehingga jumpa lagi. Terima kasih.

p.s. Sila mesej kami sekiranya terdapat kesalahan ejaan pada nama anda. Pembetulan akan dibuat dengan kadar segera sebaik sahaja menerima mesej dari anda.

Friday, February 4, 2011

Komen Anda Kami Terima dan Perubahan Telahpun Dibuat

Pelanggan yang dihormati,

Sejak dibuka seminggu yang lalu, kami telah menerima banyak komen dan suggestion dari anda semua dan dalam seminggu ini, banyak perubahan yang telahpun dibuat. Antara komen yang diterima adalah seperti berikut:

  1. Mee goreng terlampau basah dan benyek (mee dah nak hancur)
  2. Kuah sotong terlampau cair
  3. Sambal sotong pedas sangat
  4. Sambal sotong manis sangat
  5. Sale assistant blur-blur (tak berapa nak layan customer)

Terima kasih kepada anda semua yang telah memberi komen dan suggestion. Perubahan yang kami lakukan ini telahpun dicuba oleh beberapa orang pelanggan yang pakar dalam menilai makanan dan mereka telah memberi rating yang cukup baik. Sekiranya anda datang kembali, anda akan melihat perubahan yang ketara terutamanya dari kepekatan sambal sotong, mee goreng yang well cook, tak basah sangat dan tak kering sangat, warna mee goreng yang brownish dan tempting dan yang terakhirnya adalah layanan 1st class dari sales assistant kami (dia akan tersenyum sampai ke telinga setiap kali mengambil order dari anda). Yang pasti, anda akan melihat kesempurnaan dalam masakan kami.

Anda wajib datang kembali untuk menilai mutu makanan kami. Dan sekiranya anda masih tidak berpuas hati, kami akan mengembalikan wang anda tanpa sebarang soalan (tertakluk kepada terma dan syarat) Dan untuk meyakinkan anda lagi, cuba tonton kembali testimoni di bawah ini.



Penyelarasan Semula Waktu Perniagaan Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Salam. Para pelanggan yang kami hormati,

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa dari 6 Februari 2011, Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr (MGSP) akan mula beroperasi dari jam 12.00 tengahari sehingga jam 11.00 malam. Perubahan waktu ini bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang bekerja dan mahu menikmati MGSP pada waktu makan tengahari.

Walaubagaimanapun, pihak MGSP ingin memohon maaf kerana menu Mee Kuah Sotong Powerrr terpaksa dihentikan untuk sementara waktu kerana kekurangan pekerja. Kami terpaksa mengambil keputusan ini bagi memastikan mutu perkhidmatan kami adalah yang terbaik dan kami tidak akan sekali-kali kompromi dengan mutu perkhidmatan kerana kami juga adalah pelanggan seperti anda (macam iklan Esso lah pulak...)

Harap anda semua boleh memaklumkab kepada rakan-rakan anda. Terima kasih dan selamat bercuti.

Thursday, February 3, 2011

More Comments from Customers

Bisnes pada hari ini telah pun ditutup tepat 11 malam tadi. Walaupun hari ini agak suram, tapi bisnes kami tetap rancak seperti biasa. Hari ini sahaja kami berjaya menjual 94 pinggan kesemuanya. Alhamdulillah...dan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menjamu selera di gerai kami terutamanya kepada pelanggan-pelanggan yang datang buat kali kedua dan ke sekian kali. Kami ucapkan jutaan terima kasih. Bagi anda yang belum mencuba, datang saja pada hari Ahad nanti. Esok dan lusa kami akan bercuti kerana menghadiri kenduri saudara di Seremban. Harap anda boleh maklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Ok lah...dah lewat ni..sebelum tu, tontonlah testimoni yang sempat saya rakamkan pada petang dan malam ini.






Testimoni on 3 February 2011

Bisnes hari ini agak suram...ramai warga Shah Alam yang telah balik kampung. Kami juga bakal pulang ke kampung esok. Namun perjuangan hari ini masih tetap diteruskan...Ayuh warga Shah Alam yang masih di rumah...mari penuhkan meja di gerai kami ini...





Terima kasih kepada pelanggan di atas yang telah memberi rating yang baik terhadap mee Goreng Sotong Powerrr.

Cuti Sempena Perayaan Gong Xi Fa Cai

Para pelanggan yang dihormati,

Saya ingin memaklumkan bahawa Gerai Mee Goreng Sotong akan ditutup selama 2 hari pada 4 dan 5 Februari sempena Perayaan Gong Xi Fa Cai. Daripada pemerhatian saya, kebanyakan warga Shah Alam akan pulang ke kampung atau melancong pada cuti panjang ini. Oleh itu saya telah membuat keputusan untuk menutup perniagaan ini selama 2 hari dan akan kembali dibuka pada 6 Februari. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian 0192114405.

Terima kasih.


Zainuddin Zainal Abidin
Managing Director