Sejak dibuka seminggu yang lalu, kami telah menerima banyak komen dan suggestion dari anda semua dan dalam seminggu ini, banyak perubahan yang telahpun dibuat. Antara komen yang diterima adalah seperti berikut:
- Mee goreng terlampau basah dan benyek (mee dah nak hancur)
- Kuah sotong terlampau cair
- Sambal sotong pedas sangat
- Sambal sotong manis sangat
- Sale assistant blur-blur (tak berapa nak layan customer)
Terima kasih kepada anda semua yang telah memberi komen dan suggestion. Perubahan yang kami lakukan ini telahpun dicuba oleh beberapa orang pelanggan yang pakar dalam menilai makanan dan mereka telah memberi rating yang cukup baik. Sekiranya anda datang kembali, anda akan melihat perubahan yang ketara terutamanya dari kepekatan sambal sotong, mee goreng yang well cook, tak basah sangat dan tak kering sangat, warna mee goreng yang brownish dan tempting dan yang terakhirnya adalah layanan 1st class dari sales assistant kami (dia akan tersenyum sampai ke telinga setiap kali mengambil order dari anda). Yang pasti, anda akan melihat kesempurnaan dalam masakan kami.
Anda wajib datang kembali untuk menilai mutu makanan kami. Dan sekiranya anda masih tidak berpuas hati, kami akan mengembalikan wang anda tanpa sebarang soalan (tertakluk kepada terma dan syarat) Dan untuk meyakinkan anda lagi, cuba tonton kembali testimoni di bawah ini.
sedap....hehehe bila ler gamaknya nak menang hadiah!hahaha
ReplyDelete