Jutaan terima kasih kami ucapkan buat anda semua yang telah menyokong gerai Mee Goreng Sotong Powerrr sehingga kini. Atas sokongan berterusan anda, Mee Goreng Sotong Powerrr akan melangkah setapak lagi dengan pembukaan cawangan yang pertama tidak lama lagi. Anda tunggu makluman selanjutnya....
Bagi anda yang belum pernah merasai kehebatan Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah, datang saja ke gerai kami di Seksyen 2 Shah Alam. Kami telah mempelbagaikan menu sedia ada dengan memperkenalkan Mee Goreng Daging Powerrr, Mee Goreng Ayam Powerrr, Mee Goreng Udang Powerrr dan Mee Goreng Telur Mata Powerrr. Pilih saja menu kesukaan anda dan buat tempahan segera. Anda pasti tak menyesal.
Saya dah makan semalam. Rasa tertipu sebab dalam gambar ada banyak sotong, bila dpt je ade 3 keping sotong aje. Dahla serve lambat. Sakit perut pulak tu time balik. Kad makan 9 kali free sekali saya tinggal atas meja aje sbb takkan dtg lg. Rip off dgn harga 5 ringgit untuk mee sotong yg seberapa. Please refer mee sotong (goreng& rebus ) di esplanade, padang kota penang.Tu baru mee sotong betul!
ReplyDeletesaya pn dh makan.sakit perut je..dlm gmbr macam sedap tp sebaliknye...dpt kad ingat kami nk dtg lagi ke??baik makan kt mamak lg power!!
ReplyDeleteDh try makan... ape yg special smpai harga RM5 sepinggan? sotong pun dpt 2 slice kecik je.klu RM3 acceptable jgk. serius rase kena tipu kaw2.
ReplyDeleteaku da makan da nih..
ReplyDeletemee goreng sotong 3 keping..
lenkali buat name macam nih tuan kedai..baru la semua terpikat!
aku tak puas hati dengan apa yang diiklankan tak same dengan ape yang dihidang..
cube tuan kedai rujuk pos korang yang 9 januari 2011..
mee goreng banyak? tade banyak mane pon..
sotong pon banyak? hahaha 3 keping tuh memang ngam2 la untuk perkataan jamak (banyak)..
limau nipis masam? ceyh..rase masam pon idak..bagi sehiris kecik je..awat kedekut sangat?
memang takkan datang lagi la dengan harga RM 5 tuh..nasik lemak RM 5 pon bleh makan ayam goreng ngan sotong..
trime kaseh la tuan kedai..
Saya juga pegi malam tadi. Sotong hanya 3 keping tapi harganya RM5. Overrated. Saya mendapat tau dari Jalan Jalan Cari Makan. Untuk tuan kedai, sila jaga nama baik kedai dan jaga kualiti makanan untuk retain customers dan attract more customers.
ReplyDeletesy bersama rakan diatas,.
ReplyDeletenasib baik sy xorder sbb masih kenyang,.
tp kalo dr gambar yg ke 3 tu mmg terliur,.
tp ape yg dpt 3ketul je sotong,.3 je? rm5?
kot ye pun nk untung berniaga tu,.
jgn la menipu,.xberkat nt,.
tp nsib bek gak xorder,.sbb 5 org rakan yg mkn sume sakit perut smpai pagi,.
sy je terselamat dr wabak tu,.
peace,.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHafiz Hamid, Sfy, afiqhakimi, Faliq : Anda semua adalah ORANG yang sama. Lihat pada selang jangkamasa posting, semuanya dekat-dekat. Lepas saja 11/11 pukul 10.16 am tiada pulak comment datang. Penulisan ayat pun style orang yang sama. SPAMMERS!
ReplyDeleteHafiz Hamid, Sfy, afiqhakimi, Faliq, whoever you are, you're just a coward guy. Shame on you.If u are not satisfied, just post a message and put constructive comment.
As for me, I think the mee goreng sotong is OK. Have ate here twice, I think. Since I'm not a fan of shrimp & cuttlefish (due to allergy), next time I may want to try Mee Goreng Daging Powerr. BTW, The marketing efforts are fantastic, keep it up!
Salam , baru-baru ni saya ,suami dan kakak ipar baru saja berpeluang pergi ke gerai anka saudara saya ni ,bukannya jauh sangat dari Bestari Jaya ke Shah Alam tapi sebabkan menunya ialah mee goreng jadi jaranglah nak dining ke sana cuma hari tu saya bawa kakak ipar dari Taiping jadi kani singgah. Pertam nak ucap ribuan terima kasih atas layanan istemewa dari towkey kedai kesua macam yang saya cakapkan pada dia hari tu ,mee gorengnya sedap dibandingkan dengan mee goreng yang pernah saya rasa dan ditambah dengan kuahnya ia memberi lebih keistemewaan rasa pada mee tersebut ,tentang harga dan amount sotong dan kuahnya saya rasa very subjective sebab barang basah semakin mahal ,pada sesiapa yg selalu beli ikan di pasar dia akan paham...so all the best to you Mee Goreng sotong Power!!
ReplyDeletesalam.mee sotong power nie mmg sdap tapi harga dia makin mahal.sya ingat lagi msa saya mula2 try mee nie just myr 3.5 je pastu tak sampai 2bulan da naik myr 4.5.then 5rgt.maybe lps ni should be 6rgt plak.owner should alert kbanyakan makan kat c2 student so kne la suit dgn condition harga n marketing strategy dlm meletakkan harga.sy tahu brg makin mahal tp mee bkn la brg yg mahal sgt.so hope owner kedai amek berat pasal harga..ptotla sy tgk student jrg mkan kat c2 only org2 yg da bkerja n fmily.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteKalau tengok dari gambar sepertinya menarik dan menyelerakan. InsyaAllah kalu ada peluang ke shah alam boleh singgah makan di sini dan buat review utk blog sya nanti.
Terima kasih kpd semua yg tlh memberi komen. Saya akui yg harga mee goreng sotong powerrr tlh dinaikkan sebanyak 3 kali dalam tempoh tidak sampai setahun. Ini kerana kenaikan harga semua bahan mentah termasuklah yg paling tinggi iaitu sotong kembang yang kini mencecah RM16 sekilo. Kami telah survey banyak tempat dan yang paling murah pun hanya di tesco extra iaitu RM14 sekilo. Itu pun sekali sekala apabila tesco mengadakan promosi. Sebenarnya kami telah menanggung kos ini selama lebih setengah tahun dan kenaikan harga ini adalah kerana kami tidak lagi mampu untuk menanggungnya. Saya pasti anda semua aware dengan kenaikan semua harga makanan sejak akhir akhir ini. Bukan gerai saya saja yang sakit tetapi kedai lain jugak. Sekiranya tak percaya, cuba anda pergi makan di lain-lain kedai di shah alam dan bandingkan dgn harga saya. Saya percaya harganya pasti sama atau lebih mahal
ReplyDeletebtw thank you to all who have contributed their ideas and comment for our improvement...
ReplyDelete