Saturday, May 14, 2011

New Menu

Salam. Para Pelanggan yang dihormati,

Sudah agak lama kami tidak update blog ini. Ini kerana akhir-akhir ini kami agak sibuk dengan jadual kerja yang agak ketat. Untuk makluman semua, kami sedang dalam perancangan untuk membuka cawangan Mee Goreng Sotong Powerrr yang pertama tidak lama lagi. Sekiranya tiada sebarang masalah, kemungkinan besar cawangan ini akan dibuka sekitar bulan Julai sebelum bulan Ramadhan.

Kami juga berbesar hati untuk memaklumkan bahawa gerai kami akan mengeluarkan 2 lagi menu baru iaitu Mee Rebus Johor dan Rojak Tauhu. Mee Kuah Sotong Powerrr yang sebelum ini dijual kini telah diberhentikan penjualannya.
Mee Rebus Johor


yummy...

Kami masih buntu dalam memberi nama yang sesuai dan catchy untuk Mee Rebus Johor ini. Jika anda ada nama yang sesuai, silalah maklumkan kepada kami. Untuk makluman anda juga, Mee Rebus Johor ini akan dibahagikan kepada 3 jenis style iaitu:
  • Mee Rebus Johor original recipe
  • Mee Rebus Johor dengan sambal sotong
  • Mee Rebus Johor dengan gearbox
Beberapa orang rakan telah dipanggil untuk sesi food testing dan majoriti bersetuju bahawa menu ini boleh diketengahkan. Datang saja ke gerai kami minggu hadapan dan orderlah sepinggan. 

Untuk Rojak Tauhu pula, kami telahpun mula menjualnya sejak 2 minggu lepas. Rasanya yang masam-masam manis amat sesuai dijadikan appetizer sebelum anda menjamah Mee Goreng Sotong Powerrr. Kami tidak menggunakan tauhu bakar dalam menu ini kerana ia nipis dan tidak mengenyangkan. Apa yang kami offer adalah menu yang value for money. Tak percaya...cubalah dulu dan anda pasti bersetuju dengan kami.

    



3 comments:

  1. thank you for your comment. Do come and try our new menu...it is definitely awsome..

    ReplyDelete
  2. sy da rasa dah rojak tauhu ni.. terlalu banyak kicap rasanya.. sampai hilang rasa yg lainnya..
    cair..

    tp mee goreng memg mantap!!

    tq-

    ReplyDelete