Thursday, March 10, 2011

Yang Dinanti-Nanti Telahpun Tiba - Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah Powerrr

Seperti yang telah dijanjikan, akhirnya kami dengan segala sukacita ingin mengumumkan ketibaan 1 lagi menu powerrr iaitu Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah Powerrr. Setakat ini, menu ini muncul pemenang harian kerana habis awal (6pm dah selesai dijual). Sekiranya anda ingin merasai kehebatan menu ini, datang saja ke gerai kami dan tempahlah sepinggan. Insyaallah anda akan kenyang sehingga pagi esoknya. Kenapa saya cakap begitu. Ini kerana semuanya dihidang dalam skala XXL. Ayamnya yang pasti membuatkan anda meleleh air liur, nasinya yang membukit saiznya dan yang terakhirnya sudah pastilah sambal sotong yang sudah terbukti pedas menggila...masih tak percaya????? Tonton saja gambar-gambar di bawah dan nilai sendiri....

amacam??? tak percaya?




melekat ketumbar jintan nyaaa...


perghhh..dapat telur sebijik..


timun dipetik fresh dari ladang...opppss maksud saya dari market Seksyen 16..hehh hehh heh


nak nangis tengok kacang ni...boleh tangkap gian bila kunyah...


hangit tu yang buat lagi syok nak ratah ayam ni..




tunggu lagiiii...ngap la...kalau brani..

We're Back

Salam semua...

Esok bisnes Mee goreng sotong powerrr akan beroperasi seperti biasa. Staff kami dah fully recharge and ready for more sale tomorrow. Pls inform your colleagues, relatives and family.

Tuesday, March 8, 2011

Rabu Cuti...

Para pelanggan sekelian,

Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr akan ditutup pada hari Rabu bagi mengembalikan stamina para kakitangan gerai yang telah bertungkus lumus bekerja selama seminggu. Harap anda dapat maklumkan pada rakan-rakan juga saudara mara. Terima kasih.

Sunday, March 6, 2011

Penampilan Sulung Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah Powerrr

Saya tak mahu memberi komen apa-apa tentang menu terbaru kami ini kerana hanya pelanggan yang telah merasai Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah Powerrr dapat memberitahu anda betapa powerrr menu kali ini. Pelanggan yang anda saksikan ini sanggup menunggu hampir 2 jam hanya semata-mata untuk makan Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah Powerrr.


Saya tak cakap aaaa....Mereka yang bercakap bagi pihak saya. Cuma apa yang boleh saya tambah di sini ialah Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah ini dihidang panas-panas. Ayam akan dimasak hanya apabila menerima order dari pelanggan. Manakala nasi yang sedia dikukus akan menambah lagi aroma (gabungan bau pandan, halia dan serai yang begitu ketara wanginya). Saya sendiri turut terliur apabila tukang masak menyiapkan menu ini untuk pelanggan. Kalau anda masih belum percaya, datang saja ke kedai saya dan cuba sepinggan.




Mereka ini antara yang telah makan di gerai saya. Anda bila lagi???

Yesterday's Testimoni

Ada 2 testimoni yang sempat saya rakamkan semalam. Cuma yang 1 ini tak mahu wajahnya dirakamkan. Hanya suara sahaja yang boleh dikeluarkan. Apa-apa pun, terima kasih kepada akak ini.


Saturday, March 5, 2011

Kemunculan Semula Mee Kuah Sotong Powerrr

Akhirnya setelah sebulan diberhentikan jualannya, pihak Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr membuat keputusan untuk kembali menjual Mee Kuah Sotong Powerrr yang terkenal powerrrnya. Rasanya yang betul-betul pedas menyengat pasti membuatkan peluh jantan anda menitik tanpa henti selama berjam-jam. Kami telah menemubual beberapa orang dan majoriti bersetuju yang Mee Kuah Sotong Powerrr benar-benar powerrr. Anda bila lagi mau merasainya???


Inilah Pemenang Peraduan Kenyang & Menang Bagi Bulan Februari 2011

Saya sendiri sebenarnya amat teruja untuk bertemu pemenang Peraduan Kenyang & Menang bagi bulan Februari. Sudah 2 malam tidur saya tak lena, mandi pun tak basah kerana ternanti-nantikan kemunculan si pemenang. Dan akhirnya, penantian saya tidak sia-sia kerana Cik Sharifah telah hadir sendiri untuk mengambil hadiah beliau. Saya sempat menemubual beliau dan berikut adalah serba sedikit tentang beliau. Nama penuh beliau ialah Sharifah Nuratiqah Sazali, Berasal dari Sarawak. Sekarang menetap di Port Dickson. Beliau sekarang belajar di Kolej PTPL. Setakat ini, beliau sudah 4 kali datang makan Mee Goreng Sotong Powerrr. Menurut beliau, yang paling best tentang Mee Goreng Sotong Powerrr ini adalah pada sambal sotongnya. Sambalnya lain dari yang lain. Setakat ini beliau belum lagi pernah merasai rasa sambal sebegini di lain-lain gerai.

Kami juga sempat bertanya tentang hadiah yang dimenangi beliau. Beliau memberitahu bahawa hadiah tersebut akan diberi kepada ibu bapa beliau sebagai tanda kasih sayang beliau terhadap mereka. Berikut adalah video shoot yang sempat dirakamkan.


Inilah pemenang Peraduan Kenyang & Menang bagi bulan Februari 2011...Insyaallah, mungkin rezeki anda di bulan hadapan...mana tau..

Thursday, March 3, 2011

Pemenang Peraduan Kenyang & Menang Bagi Bulan Februari 2011

Salam. Para Pelanggan sekelian,

Tepat jam 12.00 malam tadi, pihak Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr telah membuat cabutan bagi Peraduan Kenyang & Menang bagi bulan Februari 2011. Hadiahnya adalah berupa penginapan bagi 2 orang di hotel bertaraf 3 bintang di mana saja lokasi pilihan pemenang (tertakluk kepada terma dan syarat). Dan...pemenang bertuah bagi bulan Februari ialahhhhhhhhhhh.....(drum rolling) Cik Sharifah Nuratiqah Sazali.

Tahniah kepada Cik Sharifah. Pihak kami akan menghubungi beliau esok bagi memaklumkan tentang kemenangan beliau. Walaubagaimanapun, adalah diingatkan bahawa kemenangan ini bukanlah mutlak kerana sekiranya Cik Sharifah tidak datang menuntut hadiah beliau dalam masa seminggu dari hari ini, maka hadiah tersebut akan ditarik balik dan akan diberi kepada pemenang yang akan dimaklumkan kelak juga melalui undian kali kedua.

Pihak kami akan meletakkan butir-butir peribadi Cik Sharifah di blog dan di FB setelah mendapat kebenaran daripada beliau. Untuk yang tidak berjaya, anda masih boleh menjadi pemenang bertuah kerana Peraduan ini masih berjalan seperti biasa.  

Tuesday, March 1, 2011

Last Call for Peraduan Kenyang & Menang

Terima kasih kerana menjadi follower blog Mee Goreng Sotong Powerrr. Kami sedang dalam proses terakhir sebelum cabutan bagi Peraduan Kenyang & Menang dibuat. Untuk makluman, kebanyakan daripada anda menggunakan nama samaran yang menyukarkan kami untuk mengenalpasti identiti anda seperti yang tertera di borang peraduan Kenyang & Menang. Satu permintaan terakhir dari kami, sila isikan butiran yang dilampirkan di bawah ini dan emelkan pada saya sebelum 2hb Mac jam 5pm. Pemenang akan diumumkan pada 3hb Mac nanti melalui FB dan emel.
Nama penuh:
HP:
Emel :
FB: