Sunday, January 30, 2011

More testimoni on 3rd day:






Testimoni anda sendiri..bila lagi??? Datang dan rasai sendiri kehebatan Mee Goreng Sotong Powerrr...

Friday, January 28, 2011

Apa kata mereka yang telah merasai mee goreng sotong powerrr

Maaf kerana terpaksa memaklumkan yang gerai Mee Goreng Sotong Powerrr terpaksa ditutup lebih awal pada hari ini kerana telah kehabisan stok. Ramai pelanggan yang terpaksa balik dengan tangan kosong kerana sambal sotong hanya tinggal sambal...Cuba anda tengok video di bawah ini...licinnnnn (maaf!!! saya tak tahu macamana nak betulkan kedudukan gambar ini):










Thursday, January 27, 2011

Our Business Starts Today

Untuk semua bakal pelanggan, saya dengan segala sukacita ingin memaklumkan bahawa gerai Mee Goreng Sotong Powerrr telahpun dibuka secara rasmi pada hari ini. Anda semua dijemput untuk menikmatinya.


Tuesday, January 25, 2011

Istimewa pada Hari Pembukaan Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Ramai jugak yang bertanya pada saya dan isteri..."apa yang menariknya pada hari pembukaan gerai nanti?" Setakat ini saya hanya mampu berdiam diri tanpa memberi sebarang jawapan yang munasabah...niat di hati tu kalau boleh..nak la jemput Ana Rafali ke...Dr M ke...ataupun MB Selangor, tapi apa nak buat..fulus tak mencukupi. Walaubagaimanapun, demi untuk tidak menghampakan pelanggan semua, saya telah mengambil keputusan untuk menberi....





amacam??? menarik tak?


This cute little calendar ni memang tak pernah mengecewakan...walaupun kecil tetapi memang amat berguna. Walaupun Januari dah hampir ke penghujung, kita masih ada 11 bulan lagi untuk diharungi. So, saya rasa bagi anda yang dapat memilikinya, anda akan appreciate hadiah ini so much. Hanya 100 pelanggan pertama yang makan di Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr pada hari Wilayah nanti bakal membawa pulang sekeping kalendar ini (100 orang je tauuuu). Jadi...saya rasa anda tahu apa nak buat kan..kan...kan...

Saturday, January 22, 2011

New Arrival - Mee Kuah Sotong Powerrr

Mempersembahkan (trrrr...drum rolling), Mee Kuah Sotong Powerrr....1 lagi menu di Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr yang akan membuatkan anda tidak lagi tidur lena...pecah tabung anda sekarang dan jom pekena Mee Kuah Sotong Powerrr. Gambar di bawah ini kadangkala boleh mengganggu kewarasan anda...jika anda ada penyakit tidak boleh control makan, sila matikan komputer ini sekarang atau....saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda bedal Mee Kuah Sotong Powerrr ini lebih dari 2 mangkuk.






gabungan masam limau nipis ini akan membangkit selera anda...

masamnya, manisnya dan masinnya cukup seimbang..anda pasti terangkat.


Book tempat anda sekarang agar anda boleh menikmati Mee Kuah Sotong Powerrr dengan aman dan nyaman.

And Finally...Our Stall is Ready for Business

Insyaallah, bermula pada 27hb Januari ini, gerai Mee Goreng Sotong Powerrr akan dibuka secara rasminya. Harapan kami daripada seluruh warga kerja MGSP semoga anda semua dapat menikmati Mee Goreng Sotong Powerrr keluaran kami. Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi kami di talian 0192114405. Untuk memudahkan anda mengenali kami, sila view gambar-gambar yang telah kami upload di bawah ini. Enjoyzzzzz...


Inilah team Mee Goreng Sotong Powerrr

Model terlampau merangkap pengurus gerai

Hafalkan nombor gerai MGSP...

Pandangan dari bawah

Friday, January 21, 2011

Ada Syiling Lebih

Anda punya duit syiling lebih? Jika anda punya lebihan duit syiling dan bank pulak tak mahu terima, janganlah anda risau...Saya bersedia untuk menerima syiling anda...bawa saja ke gerai Mee Goreng Sotong Powerrr dan kami akan tukarkan anda dengan wang kertas. Yang bestnya, sekiranya anda membawa lebih daripada RM100, anda akan diberi sepinggan Mee Goreng Sotong Powerrr secara percuma...girik bukan...mestilah girikkk..

Pedas menyengat, rasa memikat...anda pasti terpesona.

Waktu Perniagaan

Setelah membuat kajian demi kajian dan untuk memastikan yang semua pelanggan dapat datang ke gerai kami, kami telah memutuskan untuk membuka perniagaan ini dari jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam setiap hari. Manakala Isnin pula adalah hari cuti bagi kami. Jadi pada anda semua, sila savekan waktu perniagaan kami agar anda dapat menikmati Mee Goreng Sotong Powerrr tanpa ada sebarang gangguan...

yummyyy..

Wednesday, January 12, 2011

Our Motto-No MSG

Mesti anda semua tidak percaya bukan...tetapi inilah yang sebenarnya. Mee Goreng Sotong Power ciptaan kami tidak langsung menggunakan bahan perasa MSG. Ramai jugak yang ragu-ragu dengan kenyataan kami kerana makanan tak akan menjadi sebegitu sedap jika tidak dicurah MSG ke dalamnya. Yang pasti, MGSP tidak memerlukan MSG untuk menjadikannya lazat. Tak percaya...datanglah ke gerai kami dan saksikan sendiri.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang terbaik dari ladang

GPS Code

Seperti yang saya janjikan, GPS code untuk ke gerai saya ialah seperti berikut:

N 03 04' 19.4"
E 101 30' 30.2"

Pada N 03 dan E 101 tu sepatutnya ada simbol darjah, puas saya cari kt keypad ni tp x jumpa. Maafkan saya ye. Tapi saya tahu yang anda semua faham dan tahu kat mana nak letak nombor-nombor tu kat dalam GPS anda nanti kan. Simpan code ini. Anda pasti memerlukannya suatu hari nanti.

Monday, January 10, 2011

Apa yang bestnya tentang gerai MGSP ini...

Haaa....kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang daya tarikan di gerai MGSP saya.
  1. Yang pertama...kalau anda makan di gerai saya dan tiba-tiba anda dapati anda short of cash, anda tak perlu gusar kerana di sebelah gerai saya ada mesin atm CIMB. Bila-bila masa je anda boleh keluarkan duit anda.
  2. Yang kedua...ample seating...Berlambak meja kerusi untuk diduduki berbanding di gerai-gerai lain. Pilih saja meja pilihan anda dan zasssss..mee goreng sotong powerrr pun sampai.
  3. Yang ketiga...kalau anda bawak anak anda, anda tak perlu risau yang tiada makanan untuk anak anda kerana di hadapan gerai saya ialah KFC. Beli je nugget sekotak, senyaplah anak anda.
  4. Yang keempat...ample parking space...sebelah KFC ada, depan kedai saya ada, mana-mana pun ada. Pilih je mana 1 pilihan anda.
  5. Dan yang terakhir...anda akan disambut dengan senyuman yang paling manis pernah anda lihat (saya lah tu). Kalau pekerja saya masam je, repot pada saya. Tahu lah saya macam mana nak menyenyumkan dia...

Menarik bukan...

Video Testimoni

Saya telah mengadakan food testing session pada Sabtu yang lalu. 11 orang telah dipilih secara rawak dari kalangan rakan-rakan dan jiran untuk mencuba Mee Goreng Sotong Powerrr ini. Hasilnya...anda tonton rakaman ini. Saya mohon maaf kerana mutu video yang kurang memuaskan kerana rakaman ini dibuat menggunakan HP saya yang telah uzur...


 
Banyak lagi testimoni yang akan diupload di sini. Tunggguuuu...

Sunday, January 9, 2011

Lokasi Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Sebagai panduan untuk pelanggan dari luar Shah Alam, saya sertakan di bawah ini beberapa gambar yang boleh membantu anda jika anda ingin berkunjung ke gerai Mee Goreng Sotong Powerrr.

kalau nampak KFC tu maknanya anda sudah pun tiba di lokasi (terus bagi signal ke kiri dan ready untuk belok kiri untuk ke jalan bunga mawar 2/5)

Cuba perhati di sebelah kiri KFC, pasti anda akan nampak signboard ni

cuba pula cari ATM CIMB ni..takpun tanya je orang2 kat situ

Haaa...inilah dia gerai MGSP (sori, nama kedai lama masih tak bawak turun lagi). Tak lama lagi turun la tu...Anda cuma perlu ingat S47 je (bukan S46 tau)

senang nak ingat bukan...sebelah kiri CIMB

..sebelah kanan pula AZ-D-ZA Cafe (ABC kedai ni meletup beb..wajib try)
Ini pulak adalah link to google map. Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

GPS code pula akan saya berikan sedikit masa lagi...sabaq sat noo...Bagi yang tinggal di Shah Alam pula, saya rasa depa ni dah expert sangat kat area tu..so tak payah la saya nak direct lagi.

Chiowww...

Sebab -Sebab Mee Goreng Sotong ini Powerrr

Anda tentu tertanya-tanya apa yang special sangat tentang Mee Goreng Sotong ini. Dan anda mungkin (dan mungkin juga tidak) terdetik di hati yang "alahhh...sembang je lebih nehhh..rasa ntah sedap ntah tidak...". Seperti anda, saya juga selalu berfikir seperti ini tanpa memikirkan apa kata kita cuba dulu menu ini dan kemudian barulah menilai kesedapannya. Di sini, saya ingin memberi sebab-sebab mengapa Mee Goreng Sotong ini terlampau Powerrr. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
  1. Rasanya memang mmmmarvellousss. Ia telah terbukti sedap kerana testimoni tentang mee ini telahpun diperolehi samada secara survey sewaktu food testing mahupun secara testimoni melalui video. 100% responden telah mengakui yang Mee Goreng Sotong Powerrr ini memang power.
  2. Semua bahan masakan yang digunakan adalah yang terbaik dari ladang. Tak percaya lagi...anda tontonlah gambar di bawah ini.


tauhu segar  - dibeli pada awal pagi hari perniagaan


errmmm..masamnya bisa membuat anda berkerut dahi


awasss...pedas menyengat


penambah perisa dan penaik rasa
telur yang dibasuh sebelum digunakan untuk masakan

Dannnnnn (drum rolling please)....inilah hasilnya Mee Goreng Sotong Powerrr....menu yang pertama seumpamanya di Shah Alam. Yang bestnya ialah di samping kenyang, anda juga berpeluang memenangi hadiah berupa penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang di hotel bertaraf 3 bintang di mana saja destinasi pilihan anda. Menarik bukan...Tentulah menarik kerana kami hanya menawarkan yang terbaik buat anda semua. Ayohhh..tunggu apa lagi...book your seat now...


temptingnyerrr

tak tahan melihat limau nipis tuuu..

banyak betul sotongnyerrr

banyak betul mee..boleh habis ke ni???

Wednesday, January 5, 2011

Pembukaan Rasmi Gerai Mee Goreng Sotong Powerrr

Alhamdulillah, berjaya jugak akhirnya membuka bisnes mee goreng sotong powerrr ni...Pembetulan kepada posting sebelum ini. Gerai saya akan dibuka di lokasi berikut:

Gerai no. S47, Medan Selera Prima 2,
2/18, Jalan Bunga Melur,
40000 Shah Alam
Selangor.
(tempat lepak student UiTM di Seksyen 2)

GPS code akan saya maklumkan pada posting akan datang. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi saya di talian 0192114405.